Sunday, May 20th

Last update03:43:19 PM GMT

29 Jamadil Akhir 1433
You are here:

Kursus Pemantapan Jurus Silat

E-mail Print PDF

Pada 6-8 Jun 2011, (cuti persekolahan pertengahan penggal pertama), Persatuan Silat Lintau Sekolah Tinggi Kluang yang diketuai oleh Tn Hj Fauzan dan dibantu oleh En Zamri bin Rohani, telah mengadakan satu Kursus Pemantapan Seni Jurus Silat. Kursus yang diadakan selama tiga hari dua malam itu telah dijalankan di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kluang yang terletak di Felda Ulu Dengar Kluang. Dalam kursus tersebut, pihak penganjur telah menjemput dua orang jurulatih jemputan iaitu Encik Effendi bin Mohamad dan Cik Nadiah binti Hj Mat Syned. Dua orang pembantu jurulatih juga turut dijemput. Mereka adalah pelajar dari SMK Jalan Mengkibol. Antara objektif utama kursus tersebut adalah sebagai persediaan awal pesilat untuk menghadapi pertandingan silat pada tahun hadapan. Pada akhir kursus tersebut, satu pertandingan dalaman antara kumpulan telah turut diadakan. Sebanyak 4 kategori pertandingan telah diadakan iaitu Solo, Tempur, Jurus Wajib dan Masal. Penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran, En Abd. Razak bin Ibrahim. Syabas diucapkan kepada pihak penganjur yang telah berjaya menjalankan program ini demi kepentingan pelajar-pelajar persatuan silat Sekolah Tinggi Kluang. "Pelajar didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Info Pelawat

Hubungi Kami

Sekolah Tinggi Kluang, JKR 429, Jalan Sekolah, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Telefon : 07-7711037 Faks : 07-7760016
http://www.kluanghighschool.edu.my