Pada 11 Jun 2011 (cuti akhir penggal persekolahan pertama), Kursus LDP telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ibn Sina, Sekolah Tinggi Kluang. Dalam Sesi Pertama kursus tersebut, Tn Hj Wahid bin Bilaji telah membawakan kursus yang bertajuk Halatuju STK 2013. Antara lain beliau telah mengetengahkan cabaran-cabaran guru menjelang perlaksanaan PBS sepenuhnya di sekolah menengah pada tahun 2012. Dalam sesi kedua pula En Abd Razak Ibrahim, PK Pentadbiran pula telah membawakan kursus yang bertajuk "Siatem Pengurusan Sekolah Kualiti" Kursus yang dihadiri sebahagian besar guru ini telah ditamatkan pada pukul 2.00 petang.













