Sunday, May 20th

Last update03:43:19 PM GMT

29 Jamadil Akhir 1433
You are here:

Delegasi BCCC dari Bandung, Indonesia

E-mail Print PDF

Pada 11 Julai 2011 yang lalu, satu delegasi yang terdiri daripada 19 orang pelajar dan 11 orang guru Sekolah Menengah Pertama Negeri 2, Bandung, Indonesia telah tiba di LCCT, Sepang, Selangor. Tujuan kehadiran mereka adalah untuk mengunjungi rakan-rakan di Sekolah Tinggi Kluang. Untuk pengetahuan, delegasi ini adalah di bawah Program BCCC (British Council Connecting Classroom), di mana pada bulan Mac yang lalu, guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Tinggi Kluang telah berkunjung ke sekolah di Bandung. Di sini, pelajar-pelajar telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Pelbagai aktiviti yang dirancang selama sepuluh hari mereka berada di Kluang. Program ini bertujuan menimba ilmu berkaitan budaya, cara hidup, makanan dan adat resam masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk lawatan ke Pejabat Felda di Jabatan Perdana Menteri, melawat sekitar Putrajaya dan KLCC, melawat Singapura dan Melaka, meraikan majlis perkahwinan salah seorang keluarga peserta BCCC di Taman Desa, Explorace, Persembahan Kebudayaan dua negara dan beberapa lagi lawatan ke sekitar bandar berhampiran Kluang. Di sini juga mereka turut serta dalam proses PnP di dalam kelas. Pelbagai lagi aktiviti yang telah dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah sekolah khususnya dan negara amnya. Semoga segala usaha yang dijalankan mampu menambahkan pengalaman yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.

Info Pelawat

Hubungi Kami

Sekolah Tinggi Kluang, JKR 429, Jalan Sekolah, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Telefon : 07-7711037 Faks : 07-7760016
http://www.kluanghighschool.edu.my