Pada 16 Julai 2011, satu pertandingan pencarian bakat nyanyian telah diadakan bagi mengetengahkan bakat para pelajar di Sekolah Tinggi Kluang. Acara bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori solo dan berkumpulan. Lagu yang dipersembahkan mestilah dalam Bahasa Inggeris Sebanyak 18 penyertaan telah diterima, iaitu 10 solo dan 8 berkumpulan. Bagi memeriahkan suasana, persembahan selingan seperti tarian kebudayaan juga telah diadakan. Lebih menarik lagi, seorang pelajar Indonesia yang merupakan peserta British Council Connecting Classroom telah membuat persembahan.

Sukhdeep,salah seorang peserta yang berbakat

Farhana, penyanyi kumpulan Joe Marh

Dheya, pelajar Indonesia yang membuat persembahan.
Keputusan pertandingan telah diumumkan semasa perhimpunan pada 20 Julai 2011. Berikut adalah keputusan pertandingan :
UNDIAN KELAS TERBANYAK
STAR GROUP
UNDIAN INTERNET TERBANYAK
NURUL SYAHIRAH
KATEGORI SOLO
JOHAN : AIN MADZLIN
NAIB JOHAN : NURUL ATIKA
KETIGA : RUBENDRAN
KATEGORI BERKUMPULAN
JOHAN : BYP
NAIB JOHAN : JOE MARH
KETIGA : SOUL










