Sunday, May 20th

Last update03:43:19 PM GMT

29 Jamadil Akhir 1433
You are here:

Hari Keluarga Stk 2011

E-mail Print PDF

Pada 23.7.2011,Guru-Guru Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan Hari Keluarga di Taman Tasik,Mardi.Acara dimulakan seawal jam 8a.m. dan berakhir jam 1 tengahari.Semua guru dan kakitangan sekolah hadir dengan membawa keluarga masing-masing. Sebelum acara dimulakan,guru-guru serta keluarga mereka menikmati sarapan pagi yang disediakan.Pelbagai acara dijalankan seperti bagi kategori kanak-kanak dan guru-guru serta kakitangan.bagi kanak-kanak acara yang dijalankan ialah membawa bola ping-pong dalam sudu,meniup belon sehingga pecah,mencari gula-gula dalam tepung.Bagi guru serta kakitangan sekolah pula,acara yang dijalankan pula ialah berlari bersama pasangan dengan kaki diikat pada pasangan,meniup belon sehingga pecah,mencari gula-gula dalam tepung,serta bowling buah kelapa.Selepas acara sukaneka dijalankan,pertandingan pakaian beragam menggunakan surat khabar untuk guru dijalankan.Seterusnya pula ucapan daripada Guru Penolong Kanan 1,Encik Abdul Razak B. Ibrahim,Pengerusi Kebiru,En. Hamdan B. Muhammad serta guru yang diraikan,Pn. Chan Cheng Neo yang akan bersara.Selepas ucapan,majlis memotong kek dan penyampaian hadiah dijalankan. Kemudian,guru-guru menikmati jamuan yang disediakan sebelum bersurai.

 

 

Pn Chan memotong kek ulangtahun kelahiran yang bakal menjelang.

Pn Chan menerima cenderahati daripada PK 1, En Razak Ibrahim.

Sukaneka

Pn Rohaya berselera menjamu juadah.

Info Pelawat

Hubungi Kami

Sekolah Tinggi Kluang, JKR 429, Jalan Sekolah, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Telefon : 07-7711037 Faks : 07-7760016
http://www.kluanghighschool.edu.my