PERSEJA atau dikenali dengan Persatuan Sejarah, Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan lawatan ke Muzium-muzium yang terletak di sekitar Bandaraya Melaka. Seawal jam 6.30 pagi, 27 Julai 2010 bas persiaran yang membawa pelajar PERSEJA dan diiringi 4 orang guru telah bertolak ke Melaka. Mereka tiba di lokasi pertama iaitu Muzium Melaka pada pukul 9.30 pagi. Lawatan seterusnya ialah ke Kota A Famosa, Istana Kesultanan Melaka dan Masjid Selat Melaka. Pada sebelah petangnya pula mereka melawat Muzium Samudera, Muzium TLDM dan Muzium Kastam. Selesai melawat ke semua muzium tersebut, mereka mencari cenderahati di sekitar Dataran Pahlawan dan Bandar Hilir. Peserta rombongan bergerak pulang ke Kluang pada pukul 6.00 petang. Menurut salah seorang guru penasihatnya, Puan Norazah Ismail, "Lawatan ini merupakan satu aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Perseja untuk menarik minat pelajar terhadap subjek sejarah". Objektif lawatan kali ini telah tercapai dan akan diteruskan pada masa hadapan.

Gambar kenangan di hadapan Muzium Melaka

Bergambar di hadapan Istana Kesultanan Melaka

Puan Norazah sewaktu ditemuramah oleh wartawan RTM.

Masjid Selat Melaka

Di hadapan Kota A Famosa










