Majlis Persaraan Tn Hj Wahid Bin Bilaji bermula pada pukul 9.30 pagi bertempat di Dataran Gemilang Sekolah Tinggi Kluang. Bacaan doa daripada ustaz Azmi menandakan bermulanya majlis tersebut. Para pelajar berkumpul di Dataran Gemilang menunggu ketibaan beliau. Ketibaan beliau disambut oleh dua orang guru pengiring dan guru-guru Penolong Kanan melawat beberapa tempat yang telah diaturkan mengikut peredaran zaman iaitu bermula dengan Zaman Prasejarah, Zaman Kemunculan Tamadun Islam, Zaman 60-an dan akhir sekali Masa Hadapan. Beliau kemudiannya diiringi untuk mengambil tepat di sebuah kapsul yang telah di sediakan khas buat beliau. Beberapa minit kemudian majlis pun dimulakan. Persembahan pertama telah disempurnakan oleh salah seorang tetamu jemputan iaitu bekas pelajar Sekolah Tinggi Kluang tahun 1980-1985 Nur Hanizah Idris. Persembahan beliau mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pelajar. majlis kemudiannya beralih ke upacara Bacaan Doa yang di sempurnakan oleh Ustaz Azmi Bin Setapa. Sebagai pembuka bicara Ketua Pelajar Sekolah Tinggi Kluang, Nur Aqilah Rin Binti Shamsi telah dijemput untuk memberikan ucapan mewakili semua pelajar.Selesai ucapan beliau, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Guru Penolong Kanan 1, En Abdul Razak Bin Ibrahim dan seterusnya amanat dari tuan pengetua sendiri. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Tarian Singa, Barongan dan Tarian Klasik India. Cenderahati daripada pelajar pula diberikan dengan cara yang amat unik sekali iaitu penyerahan diiringi denga persembahan tarian dari para pelajar. Majlis tersebut diakhiri dengan lambaian selamat tinggal dari seluruh warga Sekolah Tinggi Kluang. Tuan Haji wahid kemudiannya dihantar pulang ke rumah dengan menaiki bas sekolah. Gambar Majlis Persaraan turut dimuat naik di ruangan galeri atau link di sini.

Ketibaan Tn Hj Wahid Bin Bilaji

Kapsul yang disediakan khas untuk beliau

Persembahan khas Noraniza Idris

Persembahan tarian singa

kenangan terakhir bersama beliau










