Sunday, May 20th

Last update03:43:19 PM GMT

29 Jamadil Akhir 1433
You are here:

STK menerima Anugerah Sekolah Kluster

E-mail Print PDF

Pada 30 Januari 2012, satu majlis penganugerahan Sekolah Kluster dan Kecemerlangan Fasa 6 telah diadakan di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Sekolah Tinggi Kluang telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang menerima penganugerahan tersebut. Sejumlah 30 buah sekolah telah dinilai untuk fasa kali ini dan hanya 15 buah sekolah yang berjaya menerima penganugerahan ini. Penganugerahan ini telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Seri Abdul Ghafar Mahmud kepada Pengetua Sekolah Tinggi Kluang, Tn Hj Rozali Jemali, di Kementerian Pelajaran, Putrajaya. Menurut, Tn Hj Rozali, penganugerahan ini merupakan hadiah pertama yang diterima STK sejak beliau menerajui sekolah ini pada bulan Oktober 2011 yang lalu. Penganugerahan ini melayakkan Sekolah Tinggi Kluang untuk menerima sejumlah peruntukan besar bagi tujuan pembangunannya. Anugerah ini, adalah usaha seluruh warga sekolah ini menonjolkan kebitaraan menerusi Kelab Rekacipta dan Pengakap. Dengan usaha seluruh warga STK, dan pihak luar yang banyak membantu diharapkan pada masa hadapan STK akan terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Info Pelawat

Hubungi Kami

Sekolah Tinggi Kluang, JKR 429, Jalan Sekolah, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Telefon : 07-7711037 Faks : 07-7760016
http://www.kluanghighschool.edu.my