Sunday, May 20th

Last update03:43:19 PM GMT

29 Jamadil Akhir 1433
You are here:

Minggu Suai kenal Tingkatan 1

E-mail Print PDF

Setelah berakhirnya proses pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1, maka bermula 4 Januari 2012 dan berakhir 6 Januari 2012, satu program yang dikenali Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 telah dan sedang berlangsung di perkarangan Sekolah Tinggi Kluang. Pada tahun ini, setakat 4 Januari 2012 STK menerima sejumlah 173 orang pelajar baru Tingkatan 1.  Program orientasi ini yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Tinggi Kluang bertujuan merapatkan hubungan antara pelajar sesama pelajar dan antara pelajar dengan warga Sekolah Tinggi Kluang. Selain itu, pelajar dapat mengenali dengan lebih rapat lagi iklim, sejarah dan budaya sekolah ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat disiplin, taklimat kokurikulum, taklimat Akademik, ujian E-IQ dan beberapa aktiviti lain. Selain kaunselor, para pengawas turut membantu mengendalikan program ini agar ianya berjalan lancar dan mengikut waktu yang ditetapkan.

Berikut adalah unjuran pelajar tingkatan satu yang baru mendaftar mengikut kaum.

 


 

 

Info Pelawat

Hubungi Kami

Sekolah Tinggi Kluang, JKR 429, Jalan Sekolah, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Telefon : 07-7711037 Faks : 07-7760016
http://www.kluanghighschool.edu.my