Pada 25-28 Mac 2010 Pertandingan MSSD Bola Jaring B12, B15 dan B18 telah diadakan di Stadium Perbandaran Kluang. Sekolah Tinggi Kluang telah menjadi pengelola pertandingan tersebut. Bagi kategori B15, STK telah menjadi Johan dengan mengalahkan SMK Dato Abd Rahman Andak dengan keputusan 13-11. Bagi kategori B18 pula STK menduduki tempat ketiga dengan menewaskan SMK Sultan Abd Jalil dengan keputusan 9-7. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih, iaitu Cik Juanita Primerose yang tidak mengenal penat untuk mengharumkan nama sekolah.












