Pada 28 April 2010, telah berlangsung Pertandingan Kawad Kaki GO peringkat Daerah Kluang di Dataran Dewan Tunku Ibrahim, Kluang. Pasukan KRS telah muncul sebagai Johan bagi kategori wanita manakala naib johan disandang oleh pasukan Kadet Polis STK. Bagi kategori lelaki, Kadet Polis STK berjaya menyandang Naib Johan dan Ketua Platun Kadet Polis STK telah dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik pertandingan tersebut. Syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Bagi guru yang ditemuramah semalam iaitu En Mohd Nizar, beliau menyatakan "Ini adalah hadiah paling bermakna daripada seluruh warga STK untuk Mr. Quek Suan Goen selaku GPK Kokurikulum yang akan bersara pada bulan hadapan". Sekali lagi tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pertandingan ini.

Ketua Platun Terbaik

Tahniah Cikgu Nizar (sedang bersalaman dengan Mr Quek, berbaju putih) yang bertungkus lumus mengendalikan pasukan Kadet Polis STK

* Gambar ikhsan Guru Media STK.










