Putrajaya-Selasa, 4 Mei 2010. Seorang pelajar Sekolah Tinggi Kluang, adik Govind yang menuntut dalam tingkatan 3AT telah mencipta sejarah tersendiri apabila diberi peluang untuk membentangkan pengalamannya melalui Program British Council Connecting Classroom (BCCC) di Putrajaya semalam. Tutut serta menyaksikan pembentangan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Noor Rezan binti Bapoo Hasyim, Penyelaras BCCC Serantau, En David Mathias dan pengetua-pengetua sekolah se Malaysia yang terlibat dengan program BCCC ini. Program ini adalah satu projek yang diselaraskan oleh En David Mathias di mana pelajar daripada beberapa negara dipertemukan untuk membuat sidang video dan membincangkan apa sahaja topik sejagat. Malaysia terlibat dengan kumpulan pelajar dari negara Britain, Taiwan, Vietnam dan Indonesia. Pada tahun lalu Govind telah dijemput untuk menghadiri satu persidangan BCCC sedunia yang berlangsung di Taiwan. Ditanya mengenai pengalamannya, beliau menyatakan rasa terharu dan terhutang budi kepada guru-guru dan pihak sekolah yang selalu memberi dorongan kepada beliau untuk terus aktif bersama di dalam program BCCC ini, dan nyata memberi pengalaman yang sangat berharga. Akhirnya sama-sama kita mendoakan agar adik Govin akan terus mengharumkan STK di mata dunia.











