Pada 27 Mei 2010, jam 10.30 pagi telah berlangsung Majlis Persaraan GPK Kokokurikulum, Mr. Quek Suen Goen. Majlis yang bertemakan Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah diadakan Kompleks Sukan Sekolah Tinggi Kluang. Para pelajar juga memberi kerjasama dengan memakai kain batik (perempuan) dan berkain pelekat(lelaki). Majlis bermula apabila Orang-orang laut menari yang diikuti dengan peperangan antara dua pihak iaitu bendera merah dan bendera kuning. Kemudian, 3 Orang Hulubalang mengetuai perarakan masuk Tuan Yang Terutama, Mr. Quek Suan Goen diiringa Tuan Bendahara, Tuan HJ Wahid Bilaji serta para Laksamana dan Mamanda yang lain. Seperti biasa, bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Anwar dimulakan.Setelah itu, persembahan Silat Diraja yang diwakili Persatuan Silat STK merancakkan persembahan permulaan.Selepas itu, nyanyian solo oleh artis jemputan yang bertajuk Cinta Balkesh. Acara diteruskan dengan Ghazal Diraja yang diketuai Amirun Hani Farhan yang membawa lagu, Puteri Ledang.Seterusnya, Zapin Diraja yang diimport khas dari SK Kampung Melayu (bekas sekolah rendah Tuan Yang Terutama).Setelah itu, Syafika Hambali menyanyi solo lagu yang bertajuk Pelangi Petang dan diikuti lagu Lagenda oleh artis jemputan. Majlis dihurung rasa sedih yang sukar ditahan oleh rakyat jelata. Persembahan tradisional diteruskan tarian tradisional India dan Zapin Berirama serta 6 tarian India semula. Akhir sekali, Pasukan Pengakap 01 yang telah banyak mengharumkan nama STK sepanjang perkhidmatan Tuan Yang Terutama turut membuat persembahan Kawad Kaki Berirama. Persembahan terakhir ini telah membuatkan rakyat jelata, para pembesar dan Tuan Yang Terutama menitiskan air mata. Setelah itu, penyampaian hadiah oleh rakyat jelata yang mewakili persatuan masing-masing serta ucapan khas Tuan Bendahara kepada Tuan Yang Terutama yang dirai. Majlis turut member peluang kepada Mr. Quek Suen Goen menyampaikan amanat terakhir sebalum beliau bersara. Sebelum majlis berakhir, Tuan Bendahara telah menyampaikan Watikah berupa selendang dan kitab……… dan Tuan YANG TERUTAMA Mr. Quek Suen Goen memberikan replika cek kepada Tuan Bendahara (Pengetua STK) sebelum bercuti. Acara berakhir apabila rakyat jelata serta pembesar-pembesar bersalaman dengan beliau. Beliau turut memberikan lambaian terakhir kepada rakyat jelata sekalian. Kenagan bersama beliau sukar dilupakan. Majlis yang penuh rasa sedih ini telah berlangsung dengan jayanya.Ucapan jutaan tahniah dan terima kasih harus diberikan kepada Encik Megat serta para pembantunya, Cik Haslinda dan para pengawas, para pengakap serta semua yang terlibat. Semoga majlis ini memberikan suatu kenangan terindah kepada beliau.Semoga STK sentiasa dihatinya.














