Wednesday, Feb 08th

Last update06:26:31 PM GMT

14 Rabi al-Awwal 1433
You are here:

Majlis Perasmian Surau Al-Munawwarah

E-mail Print PDF

Perasmian dilakukan pada pukul 11.00 pg, pada tarikh 29 Me 2010i. Majlis Perasmian Surau Al-Munawwarah telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Md Jais bin Sarday, ADUN Mahkota merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Belia dan Sukan Johor Darul Takzim. Selepas Majlis perasmian dilakukan, bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Azmi bin Setapa. Selepas itu majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh En Mohd Yunos Sudarman dan terjemahannya dibacakan oleh  Ustaz Ahmad Anwar. Majlis pada hari tersebut disudahi dengan tayangan multimedia yang telah dihasilkan oleh En Zamri bin Rohani. Semoga seluruh warga Sekolah Tinggi Kluang yang beragama Islam bersama-sama mengimarahkan surau baru tersebut.

YB Hj Md Jais Sarday sedang merasmikan Surau Al-Munawwarah

Surau Al-Munawwarah yang berdiri megah bersedia untuk diimmarahkan oleh seluruh muslim STK

YB Hj Md Jais Sarday sedang menandatangani buku pelawat Surau Al-Munawwarah

 

Tn Hj Ahmad Awang, Timbalan PPD Kluang mengiringi YB Md Jais Sarday ke Surau Al-Munawwarah

Info Pelawat

Hubungi Kami

Sekolah Tinggi Kluang, JKR 429, Jalan Sekolah, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Telefon : 07-7711037 Faks : 07-7760016
http://www.kluanghighschool.edu.my