Pada 19 Jun 2010, telah diadakan satu majlis perkumpulan semula, bekas pelajar tahun 1982-1986. Majlis telah berlangsung di dewan Bestari Sekolah Tinggi Kluang yang turut dihadiri oleh Pengetua Kanan Sekolah tinggi Kluang dan YDP PIBG STK, Tn Hj Yakub bin Ongah. Kalangan bekas pelajar ada yang turut membawa ahli keluarga masing-masing. Majlis pada pagi ini bermula jam 10.00 pagi dengan bacaan doa oleh saudara Hazmi, diikuti ucapan oleh pengerusi dan YDP PIBG. Pelbagai acara telah diadakan termasuk karaoke, permainan tradisional dan sesi perkenalan serta lawatan ke Galeri Sejarah. Majlis disudahi dengan acara penyampaian cenderahati kepada seluruh tetamu yang hadir.


Bacaan doa oleh En Hazmi














