Wednesday, Feb 08th

Last update06:26:31 PM GMT

14 Rabi al-Awwal 1433
You are here:

Perasmian Hari Koperasi Sekolah

E-mail Print PDF

Hari koperasi berhad disambut dengan meriahnya di Sekolah Tinggi Kluang. di sekolah kami, hari koperasi berhad atau dikenali dengan ANGKASA, telah dirasmikan dengan jayanya oleh pentetua kanan Sekolah Tinggi Kluang, iaitu Tuan Haji Wahid Bin Bilaji.

Hari koperasi ini dimulakan dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan koko Sekolah Tinggi Kluang Yang baru iaitu cikgu Megat Mohamad NIzar. beliau telah membacakan watikah yang telah diamanantkan untuk disampaikan kepada seluruh pelajar Sekolah Tinggi Kluang. seterusnya, ucapan diteruskan oleh Tuan Haji Baharudin. ucapan beliau memberi makna yang mendalam kepada kami. beliau menyarankan supaya seluruh pelajar bertindak peka akan tanggungjawab mereka untuk menyumbang bakti dan menghargai koperasi sekolah.

seterusnya, GPK HEM Sekolah Tinggi Kluang pula mengambil alih tempat untuk menyampaikan ucapan beliau. seperti biasa, beliau menyampaikan ucapan beliau dengan penuh ketegasan. murid murid tekun mendengar ucapan yang beliau sampaikan.

tibalah waktu yang ditunggu tunggu oleh semua murid dan kakitangan Sekolah Tinggi Kluang, iaitu upacara perasmian hari koperasi tersebut.Pengetua Kanan Sekolah Tinggi Kluang tampil kehadapan pentas ucapan dan dbeliau telah merasmikan hari koperasi tersebut dengan jayanya.

seketika kemudian, tibalaj upacara penyampaian hadiah dan peghargaan kepada individu yang banyak menyumbang khidmat dalam kelab koperasi Sekolah Tinggi Kluang. Koperasi Sekolah Tinggi Kluang telah menyumbang sebanyak tiga buah mesin basuh kepada pelajar yang tinggal di asrama untuk kemudahan mereka mencuci pakaian. seterusnya, pihak koperasi Sekolah Tinggi Kluang turut menyumbangkan sebuah alat mempatri kepada kelab Reka Cipta Sekolah Tinggi Kluang untuk memudahkan  mereka melakukan aktiviti pematrian.

 

GPK koko sedang membacakan watikah.

GPK tingkatan enam, Tuan Haji Baharudin sedang memberikan ucapan.

Tuan haji Shaharudin basri bersungguh sungguh menyampaikan ucapan

ucapan perasmian oleh pengetua kanan Sekolah Tinggi Kluang, Tuan Haji Wahid bin bilaji.

banner hari koperasi Sekolah Tiinggi Kluang

sesi penyampaian hadiah dan penghargaan

Pengetua menyampaikan alat pematrian kepada guru kelab Reka Cipta.

penghargaan yang diberikan kepada pengerusi kelab koperasi berhad.

Info Pelawat

Hubungi Kami

Sekolah Tinggi Kluang, JKR 429, Jalan Sekolah, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Telefon : 07-7711037 Faks : 07-7760016
http://www.kluanghighschool.edu.my