Wednesday, Feb 08th

Last update06:26:31 PM GMT

14 Rabi al-Awwal 1433
You are here:

British Council Connecting Classroom Mini Fair

E-mail Print PDF

Sekolah Tinggi Kluang, 27 Julai 2010 - Satu Program Anjuran Jabatan Pelajaran Negari Johor telah diadakan di perkarangan Sekolah Tinggi Kluang. Program yang dinamakan "BCCC Mini Fair" merupakan sebuah program yang telah diperkenalkan oleh British Council, bertujuan memberi peluang kepada warga pendidik dan pelajar daripada sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara untuk berkongsi pengalaman, idea dan pandangan tentang apa sahaja dengan rakan pendidik dan pelajar dari negara-negara lain seperti England, New Zealand, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Program ini membolehkan mereka berkomunikasi secara maya dan real time menerusi slot conference. Program pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Encik Shanmugam, Pen. Pengarah Bahasa Inggeris JPNJ selaku wakil rasmi Pengarah Pelajaran Johor. Selepas acara perasmian En Shan mengadakan sidang video dengan peserta BCCC dari Pulau Pinang, manakala Tuan Haji Wahid, Pengetua Kanan Sekolah Tinggi Kluang pula mengadakan sidang video dengan Pengetua sebuah sekolah menengah di Bandung, Indonesia. Selepas sidang video, semua tetamu melawat ke gerai-gerai sekolah yang menyertai BCCC yang turut menyediakan jualan pelbagai barangan. Program ditangguhkan pada pukul 1.30 petang. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara sesama warga pendidikan bukan sahaja di negara ini bahkan di dalam dunia global.

Persembahan Tarian Singa daripada pelajar SMK Kahang

Antara tetamu VIP yang hadir untuk program BCCC

Persembahan kompang daripada pelajar SMK Sultan Abd Jalil

En Shanmugam, wakil rasmi Pengarah Pelajaran Johor

Tn Hj Wahir, Pengetua Kanan STK sedang mengadakan sidang video dengan Pengetua di

salah sebuah sekolah menengah di Bandung, Indonesia yang turut terlibat dengan BCCC.

Seorang pelajar STK, Liyana, sedang mengadakan sidang video dengan rakan dari Indonesia.

Info Pelawat

Hubungi Kami

Sekolah Tinggi Kluang, JKR 429, Jalan Sekolah, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Telefon : 07-7711037 Faks : 07-7760016
http://www.kluanghighschool.edu.my