
Gerai Jualan yang dikendalikan Persatuan Kadet Remaja Sekolah bersama guru penasihat, En Yazid.

Puan Balkesh sibuk membungkus laksa dibantu oleh pelajar Kelab Interact.

Pertandingan F1 Speed Boat kendalian Kelab Rekacipta.

Pertandingan Futsal turut diadakan untuk menarik penyertaan pelajar lelaki yang gemar bersukan.

Pertandingan Laman Bakat STK, untuk mencari bakat penyanyi pelapis STK.
Pada 17 julai 2010, Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan hari kokurikulum peringkat sekolah. Sambutan hari kokurikulum ini wajib dilaksanakan setiap tahun. Sambutan hari kokuriukulum ini bermula pada pukul 8.00 pagi. para pelajar dan para ibu bapa yang hadir berkumpul di Astaka Sekolah Tinggi Kluang bagi menghadiri majlis perasmian Hari Kokurikulum Sekolah Tinggi Kluang. Majlis dimulakan dengan perarakan unit-unit badan beruniform yang menyertai acara lintas hormat. Seterusnya, kelab silat sekolah Tinggi Kluang membuat persembahan yang amat menghiburkan. Para penonton seolah-olah terpaku dan terpegun dengan rentak tarian silat yang lemah gemalai tetapi tangkas. Seterusnya, para hadirin dihiburkan pula dengan persembahan kawad berirama oleh pasukan Pengakap Sekolah Tingg Kluang. Kemudian, hari kokurikulum Sekolah Tinggi Kluang pun dirasmikan oleh pengerusi PIBG Sekolah Tinggi Kluang, Encik Yaakob Bin Ongah. Sekitar pukul 9.00 pagi, aktiviti berjual beli pun bermula. Pada hari tersebut, terdapat pelbagai jenis jualan yang dijual pada hari tersebut. Kelab Rekacipta telah menganjurkan pertandingan F1 Speed boat. Kelab Kebudayaan pula telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Kategori Melayu Asli dan pertandingan karaoke.Hari Kokurikulum sekolah Tinggi Kluang pada tahun ini berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai-renyai mula turun sebaik sahaja Hari Kokurikulum Sekolah Tinggi Kluang dilangsungkan. Program Hari Kokurikulum telah berakhir pada pukul 4.00 petang. Semoga acara yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan setiap tahun bagi mencungkil bakat ushawan pelajar sekolah ini.










