Selamat kembali ke sekolah semua ! Setelah lebih kurang hampir 4 bulan kita dikuarantin akibat wabak virus korona ini,akhirnya sekolah dibuka kembali. Banyak perkara baharu yang perlu dibiasakan sebagai langkah untuk mencegah penularan wabak tersebut. Murid-murid,guru dan juga kakitangan sekolah diwajibkan untuk memakai pelitup mulut dan hidung semasa berada di sekolah. Pada awal pagi,sejurus sampai di sekolah,murid-murid dikehendaki untuk megambil suhu untuk memastikan suhu badan mereka tidak melebihi 37.5 darjah celcius. Manakala,murid-murid yang bergejala atau tidak sihat dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah sebagai langkah berjaga-jaga. Apabila tiba di kelas,murid diminta untuk mensanitasi kerusi dan meja masing-masing menggunakan kain yang dibawa sendiri dari rumah. Tempat duduk mereka sudah diatur mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pada waktu rehat,murid hanya dibenarkan untuk makan di dalam kelas dan dipantau oleh guru. Sebelum balik, murid-murid perlulah mensanitasi meja dan kerusi meja semula sebelum meninggalkan kelas.

 

Sekolah telah dipantau oleh pegawai dari jabatan untuk memastikan langkah pencegahan telah dilaksanakan.

 

photo 2020 08 22 09 26 12                   photo 2020 08 22 09 26 05             photo 2020 08 22 09 26 15photo 2020 08 22 09 26 43              photo 2020 08 22 09 26 46       photo 2020 08 22 09 26 51

 

Pelajar tingkatan 6 bawah juga sudah mendaftar dan memulakan sesi persekolahan.

 

 

                    photo 2020 08 22 09 27 40                                                      photo 2020 08 22 09 27 45      \

 

                   photo 2020 08 22 09 26 58                                                     photo 2020 08 22 09 27 19

 

                  photo 2020 08 22 09 27 15                                                       photo 2020 08 22 09 27 47

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 5 Mac 2020 yang lalu, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah diumukan. Seramai 4 orang pelajar Sekolah Tinggi Kluang telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang dengan semua A+. Seramai 24 orang pelajar Sekolah Tinggi Kluang yang telah mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan SPM yang lepas. berikut merupakan senarai nama pelajar cemerlang SPM Sekolah Tinggi Kluang 2020 :

1WONG XIN EE 10A+

2 AKHILESH A/L PARAMESVARAN 9A+
3 KARISMA A/P MARAN 9A+
4 YAMEERA A/P SURESH 9A+

5 THAM EN XUAN 9A+ 1A-
6 TAN ZI EN 8A+ 2A

7 PEONG JIN EN 7A+ 3A
8 CHAI YI EN 7A+ 2A
9 HONG RU YI 6A+ 4A
10 FAITH FERNANDEZ 6A+ 3A

11 LEE ZHE KAI 6A+ 2A 2A-
12 NG GER JUN 5A+ 5A

13 LER MEI XUAN 5A+ 4A

14 PEONG WEI JUN 5A+ 4A 1A-
15 TAN PIN RU 5A+ 3A 1A-
16 ENG VIXUAN 5A+ 2A 1A-
17 VIBISHNEN A/L THIAGARAJAN 4A+ 4A 2A-
18 WONG YI EN 4A+ 4A 2A-
19 MUHAMMAD NUR IMAN BIN MOHD ALI 4A+ 4A 1A-
20 NUR ANIS FADHILAH BINTI HASBULLAH 4A+ 3A 2A-
21 MUHAMMAD AIDIL SYAHMI BIN HAMIDI 4A+ 2A 3A-
22 DINAHGARAN A/L BALAKRISHNAN 2A+ 7A 2A-
23 LIM YAN JIAN 2A+ 5A 2A-
24 NURIN ATILIA PUTRI BINTI NAZARUDDIN 2A+ 3A 4A-

 

IMG 2052  IMG 3557  IMG 3564

 

IMG 4393  IMG 4410  

 

IMG 4413  IMG 4417

Pada tanggal 20 Februari 2020, Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan Kejohanan Olahraga 2020. Kejohanan telah bermula seawal jam 8 pagi dengan perarakan masuk dif-dif kehormat,ibu bpa,guru-guru dan para peserta. Acara perbarisan pada pagi tersebut telah diiringi oleh pasukan pancaragam Angkatan Tentera Darat Kem Mahkota diikuti oleh pasukan-pasukan rumah sukan yang bertanding. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Encik Serbgeth Singh selaku bekas pelajar sekolah ini. Kemeriahan kejohanan olahraga tahun ini diserlahkan lagi dengan persembahan pembukaan daripada pasukan perbarisan setiap rumah sukan. 

 

photo6118298015891564584

Pada 4 Mac 2020 yang lalu, Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan program 'Kenali Budaya Cina' yang dianjurkan oleh Kelab Bahasa Cina. Murid-murid telah berkumpul di kompleks sukan seawal jam 7.30 pagi. Tetamu-tetamu kehormat pula telah tiba kira-kira pada pukul 7.40 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu dan diikuti dengan bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pembukaan oleh Cik Juanita Primrose dan diikuti oleh ucapan perasmi iaitu Encik Yong Kheng Chien yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Tarian Singa dan Naga Malaysia dan juga merupakan Pengasas Persatuan Tarian Singa dan Naga Gao Feng Malaysia.

12      4     4     5

 

 

    Selepas selesai ucapan, majlis diteruskan dengan persembahan daripada Pasukan Tarian Singa sekolah. Terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik telah disediakan oleh pihak penganjur antaranya pertandingan membuat tang lung dan pertandingan menulis tulisan kaligrafi. Para guru dan pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang untuk mencuba menulis tulisan kaligrafi tersebut. Majlis ini telah berakhir pada pukul 8.30 pagi dan para pelajar dibenarkan pulang ke kelas masing-masing untuk meneruskan sesi pembelajaran.

 

7   10  13

 

15   1   19

 

                                                                      14

 

 

Pertandingan Esport di Sekolah Tinggi Kluang
Tarikh : 13 Julai 2019 (Sabtu)
Lokasi : Blok Tingkatan 1 dan 2 berhampiran Dataran Gemilang

SEMAK senarai yang telah mendaftar Klik SINI

Mari sertai Esport ini... boleh mendaftar secara online di sini :Klik SINI

2
1

Mari sertai Esport ini... boleh mendaftar secara online di sini : Klik SINI