Sekolah Tinggi Kluang
Toggle Navigation
  • LAMAN UTAMA
  • PROFIL SEKOLAH
    • SEJARAH
    • MISI VISI
    • PIAGAM PELANGGAN
  • PENTADBIRAN
    • PENGETUA
  • PRAUNIVERSITI
  • Blue Flower
  • Maple
  • Walden Pond
  • Blue Flower
  • Maple
  • Walden Pond

LAMAN UTAMA

Perutusan Pengetua

  • Print
  • Email
Details
Category: Pentadbiran
Published: 14 January 2018
Hits: 4908

Cikgu Rahman

'STK Glorious'

'Sekolahku Sayang'

'Together We Achieve More"

Selayang Kasih Selembar Kata dari Pengetua STK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor,

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin-Nya dan ruang waktu yang diberikan, kita dapat menyempurnakan laman Portal Sekolah Tinggi Kluang dengan versi yang baru.

            Setelah lima tahun STK diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada tahun 2012, kini kita menggembleng langkah dalam gerak kerja ke arah menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pula. Kriteria penting dalam pemilihan SBT ini ialah pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan pelbagai pencapaian dan anugerah yang kita perolehi pada tahun lepas, saya percaya bahawa setiap warga STK akan bekerja keras untuk memastikan sasaran sekolah dicapai pada tahun 2017.

            “STK Glorious” dipilih sebagai asas kepada pencapaian murid dan guru di sekolah ini yang menumpukan pencapaian akademik yang cemerlang dan sahsiah yang berpegang kepada prinsip kepercayaan kepada tuhan yang diterapkan dalam sanubari setiap warga STK. Ia juga menjadi pemangkin kepada Pembelajaran Professional (PLC) iaitu sejenis permuafakatan kolaboratif telah diperkenalkan di STK. Pada tahun 2017, PLC akan memfokus kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik dengan guru-guru mata pelajaran tersebut dengan aktiviti seperti lesson study, lesson walks, peer coaching dan sesi perkongsian bagi memperbaiki penyampaian PdPc. Tujuan utama PLC ialah memastikan pelajar dapat belajar yakni memfokus kepada pencapaian dan juga meningkatkan prestasi pelajar.

            STK telah terpilih untuk program Pembelajaran Abad ke-21, PAK-21 (21st Century Learning) di negeri Johor. Sebagai salah sebuah sekolah yang menjalankan program tersebut, STK akan mengaplikasikan 4C iaitu communication, collaboration, creative and critical thinking di mana sekolah-sekolah yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada contoh kepada yang lain dalam rangka Jabatan Pelajaran Negeri Johor mencapai sasaran “Johor Showcase” bagi tahun 2017. Justeru itu, manfaatkanlah laman web sekolah ini sebagai alternatif dalam mencari maklumat berkaitan pengurusan di samping tugas utama dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mendidik anak didik menjadi insan yang berketrampilan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiahnya.

            Sama-samalah kita warnakan Sekolah Tinggi Kluang dengan gerak kerja yang tersusun dan berfokus, bekerja dengan hati yang ikhlas agar dapat memberi impak serta keberhasilan yang tinggi terhadap ikrar dan janji kita sebagai warga STK. Rancanglah kerja kita, dan kerjalah rancangan kita kerana tugas dan amanah yang terpikul sebagai pendidikan dan anggota pelaksana ini amat berat kecuali bagi mereka yang cekal dan sabar.

            Akhir kata, marilah kita bersama-sama bekerja seiring dengan semangat sepasukan yang tinggi dan kental ke arah merealisasikan apa yang telah kita rancang bak kata orang, buatlah kerja kita dengan niat yang terbit dari perasaan sepenuh hati, pasti hasilnya berkualiti dan lebih baik. 

 

Sekian, terima kasih.

 

     "STK GLORIOUS"

 

ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOR

                PENGETUA

    SEKOLAH TINGGI KLUANG

PROGRAM KOLABORASI PANITIA SAINS KOMPUTER DAN FAKULTI SAINS KOMPUTER UTHM

  • Print
  • Email
Details
Category: Kokurikulum
Published: 20 April 2018
Hits: 6394
  PROGRAM KOLABORASI PANITIA SAINS KOMPUTER DAN FAKULTI SAINS KOMPUTER UTHM  
Pada 9 April 2018, Panitia Sains Komputer Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan Program Kolaborasi Panitia Sains Komputer bersama Fakulti Sains Komputer Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Program ini bertujuan untuk meluaskan lagi pengetahuan pelajar-pelajar yang mengambil subjek Sains Komputer dalam penggunaan Program C++.
Sepanjang program dijalankan, Dr. Muhd Amin Bin Muhd Yunus telah mengetuai pelajar-pelajar semasa setiap sesi dijalankan. Beliau juga telah memberikan beberapa taklimat berkaitan dengan program Sains Komputer ini serta telah menjemput beberapa orang profesor untuk memberikan ceramah.

Gambar diatas diambil semasa taklimat dijalankan berkaitan program C++ yang telah dilakukan oleh Dr. Muhd Amin Bin Muhd Yunus. 

Pelajar diatas memberikan ulasan berkaitan Program C++.

Cenderahati diatas disediakan oleh Panitia Sains Komputer Sekolah Tinggi Kluang kepada Fakulti Sains Komputer UTHM.

 

Sekian, terima kasih.

"STK, Glorious

Sekolahku Sayang,

"Together We Achieve More"

 

 
 
 

PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG PERINGKAT ANTARABANGSA

  • Print
  • Email
Details
Category: Kokurikulum
Published: 06 March 2018
Hits: 4900

Pertandingan Layang-Layang Peringkat Antarabangsa

Pada 27 Mac 2018 hingga 4 Mac 2018, The 23rd Pasir Gudang World Kite Festival 2018 telah diadakan di Pasir Gudang, Johor. Sekolah Tinggi Kluang telah menghantar pasukan seramai 7 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring. 

photo6109669349284489381

Gambar di atas diambil semasa Kategori Rokkaku sedang dijalankan. Pasukan Sekolah Tinggi Kluang telah memenangi tempat ke-4 dan tempat ke-6. Ini adalah berdasarkan penilaian dari nombor 1 hingga 10. Bagi Kategori Air Banner, pasukan Sekolah Tinggi Kluang telah memenangi tempat ke -3 dan ke-4.

photo6109669349284489390

Bagi kategori 2D, pasukan Sekolah Tinggi Kluang telah memenangi tempat ke-4.photo6109669349284489391

 

Sekian, terima kasih.

"STK, Glorious

Sekolahku Sayang,

'Together We Achive More"

 

 

Kejohanan Olahraga MSSD 2018

  • Print
  • Email
Details
Category: Kokurikulum
Published: 05 March 2018
Hits: 7646

Pada 4-5 Mac, Pasukan Olahraga Sekolah Tinggi Kluang telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD 2018 di Sekolah Sukan Negeri Tun Hussein Onn. Seramai 4 orang meraih pingat Emas. 2 orang meraih pingat perak dan 3 orang meraih pingat gangsa.

photo6118298015891564600

Muhammad Adib Syahmi merupakan pelari pertama dalam acara 4 x 400 meter

photo6118298015891564604

Faisal Ariff mendahului dan meninggalkan pesaing nya di belakang dalam acara 4 x 100 meter

photo6118298015891564609

Farazila mengambil acara 100 meter berpagar

Page 5 of 6

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • You are here:  
  • Home

Informasi Terkini

  • Prinsip Kerja Pengetua SMK Tinggi Kluang
  • Pembukaan Semula Sekolah
  • Keputusan SPM 2020
  • Program 'Kenali Budaya Cina'
  • Kejohanan Olahraga 2020

Cuaca

Link Berguna

  • Kamus Online
  • UTHM
  • esport

Most Read Posts


  • Author Login

Back to Top

© 2021 Sekolah Tinggi Kluang