Logo Sekolah

Bentuk keluang :
Bentuk keluang melambangkan sekolah ini yang terletak di daerah Kluang dan merupakan sekolah yang pertama dibuka di Kluang.
Sayap keluang yang mengepak bermaksud cita-cita yang sama menuju ke arah melahirkan generasi cemerlang yang bertaraf dunia.
Perisai :
Perisai di bahagian tengah logo melambangkan ketahanan, kecekalan,dan kemantapan diri di kalangan warga Sekolah Tinggi Kluang.
Papan lurus dengan moto :
Papan lurus dengan moto ”MAJU TERUS MAJU” di bahagian tengah perisai bermaksud Sekolah Tinggi Kluang sentiasa berterusan mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Naskah bergulung :
Naskah bergulung di bahagian bawah yang tertera nama ”Sek. Tinggi Kluang” melambangkan Sekolah Tinggi Kluang sebagai institusi ilmu pengetahuan yang unggul.










