Matlamat STK
- Berusaha ke arah pencapaian mutu, peningkatan dan pencapaian kecemerlangan di bidang kurikulum, kokurikulum serta lain-lain bidang di peringkat sekolah.
- Mewujudkan sebuah iklim dan budaya sekolah yang positif bagi melahirkan sebuah sekolah yang berkesan dengan menggerakkan segala sumber tenaga di sekolah dan masyarakat setempat.
- Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.
Bahagian Kurikulum
- Mencapai 100% kelulusan dalam semua peperiksaan awam iaitu Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
- Memastikan 40% calon mencapai gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah .
- Memastikan 10% calon mencapai gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia.
- Memastikan 5% calon mencapai gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Bahagian Ko-Kurikulum
- Menjadi johan dalam setiap pertandingan kokurikulum dan acara sukan yang disertai di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.










